salam
hari ni saya nak kongsikan tips and tricks untuk convert enjin 4g63 ke body wira. 1st skali kita kenal enjin 4g63, tak kenal maka tak cinta. enjin mitsubishi berkod 4g63 ni dilahirkan pada tahun 1988 (da lama tapi masih mengancam) menurut pakar convert dari afganistan enjin 4g63 dari vr4 ni lagi power dari 4g63 evo. sebab bloknye lagi tebal..wallahualam. apa-apa pun kita tengok dulu proses pemasangan enjin ni.
enjin lama yang dah siap dikeluarkan. untuk memudahkan kerja wiring ditiggalkan dan tidak dibawak keluar bersama enjin.
alang alang enjin dah dibawa keluar cat sekali.. pastikan guna chemical bukan petrol/diesel untuk mengelakkan dari cat menggelupas. saya mengesyorkan beli airgun untuk engine wash dekat kedai hardware untuk memudahkan kerja. harga lebih kurang RM 60 ringgit sahaja tetapi berbaloi.. tak perlu sental2 daki minyak hitam. ok da siap bersihkan kotoran ambil kertas pasir 400 grit gosok sikit bahagian tepi engine bay untuk bagi cat lebih gigit dan tak mudah tanggal. siap sume sekali sebelum nak cat kita kasi balut dulu tempat2 yang tak ingin dicat...
ok untuk mengecat perlu 3 jenis cat. 1. primer coat (untuk alas cat supaya tak mudah tanggal dan tutup liang2 kecil. 2. cat warna (warna apa yang pilihan hati) 3. clear coat (untuk bagi kilat dan melindungi cat)
ok da settle cat time untuk masuk enjin. tips untuk memudahkan kerja memasukkan enjin, masuk secara senget lebih kurang 45 degrees. insyallah senang masuk. bersambung.... part 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment