Pages

Monday, December 14, 2020

 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚




❗️𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗔𝗦𝗔𝗣 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗦𝗨𝗗𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗘𝗡𝗝𝗜𝗡 𝗔𝗡𝗗𝗔
.
Macam biasa, min mmg suka kongsi tips2 berkaitan kereta dgn awak semua. Haa sblm baca yg tak Like Page kita tu boleh la Like dulu. Bagi min semangat sikit utk kongsi dunia automotive dgn lebih bnyk 🥰
.
1️⃣ - Asap Putih
Asap putih menandakan ada kebocoran melibatkan bahan penyejuk (coolant). Apa perlu dilakukan adalah buat pemeriksaan untuk melihat sebarang masalah kebocoran gasket pada kepala enjin.
.
Jika memang berlaku kebocoran coolant, ini akan menyebabkan masalah panas lampau (overheat) pada enjin. Jika kerja-kerja baik pulih lambat, silinder atau blok enjin boleh retak.
.
2️⃣ - Asap Biru
asap biru - Apabila asap berwarna sedikit kebiru-biruan, itu bermaksud ada kebocoran dalam enjin. Enjin anda mungkin sedang membakar minyak hitam.
.
Kebocoran minyak hitam boleh berlaku disebabkan kerosakan pada kedap injap (valve seal), masalah pada dinding silinder atau gelang piston (piston ring) haus/rosak. Jika asap biru keluar ketika memecut, itu mungkin kerana gelang piston rosak. Jika asap berwarna sama keluar ketika nyahpecut, kebarangkalian itu berpunca daripada kepala silinder.
.
3️⃣ - Asap Hitam
asap hitam - Sekiranya ada asap hitam keluar dari muncung ekzos, itu bermaksud enjin kereta tidak dapat udara mencukupi yang menyebabkan bahan api dibakar berlebihan.
.
Apa perlu diperiksa ialah penapis udara yang kemungkinan tersumbat. Anda juga disarankan membersihkan penapis atau menukar baharu.
.
4️⃣ - Asap Kelabu
asap kelabu - Asap kelabu merujuk kepada situasi enjin membakar minyak gear/transmisi. Petanda lain, anda akan terhidu bau asap semacam terbakar. Itu juga mungkin petanda berlaku masalah terhadap komponen pengecas turbo (jika kereta berenjin turbo) dan enjin menggunakan terlalu banyak bahan api.
Penyelesaian paling ideal, bawa segera kereta ke bengkel.
.
📌 Apa pun warna, jenis dan bentuk asap tu sila cepat2 ke bengkel kereta. Jika anda di Shah Alam, bengkel kami berada di Seksyen 24. Kami ada kepakaran dan sedia utk bantu anda dalam servis dan konsultansi berkaitan masalah2 kereta 😊👍🏻

0 comments:

Post a Comment