𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚
Monday, December 14, 2020
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗔𝗦𝗔𝗣 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗦𝗨𝗗𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗘𝗡𝗝𝗜𝗡 𝗔𝗡𝗗𝗔
.
Macam biasa, min mmg suka kongsi tips2 berkaitan kereta dgn awak semua. Haa sblm baca yg tak Like Page kita tu boleh la Like dulu. Bagi min semangat sikit utk kongsi dunia automotive dgn lebih bnyk
.
- Asap Putih
Asap putih menandakan ada kebocoran melibatkan bahan penyejuk (coolant). Apa perlu dilakukan adalah buat pemeriksaan untuk melihat sebarang masalah kebocoran gasket pada kepala enjin.
.
Jika memang berlaku kebocoran coolant, ini akan menyebabkan masalah panas lampau (overheat) pada enjin. Jika kerja-kerja baik pulih lambat, silinder atau blok enjin boleh retak.
.
- Asap Biru
asap biru - Apabila asap berwarna sedikit kebiru-biruan, itu bermaksud ada kebocoran dalam enjin. Enjin anda mungkin sedang membakar minyak hitam.
.
Kebocoran minyak hitam boleh berlaku disebabkan kerosakan pada kedap injap (valve seal), masalah pada dinding silinder atau gelang piston (piston ring) haus/rosak. Jika asap biru keluar ketika memecut, itu mungkin kerana gelang piston rosak. Jika asap berwarna sama keluar ketika nyahpecut, kebarangkalian itu berpunca daripada kepala silinder.
.
- Asap Hitam
asap hitam - Sekiranya ada asap hitam keluar dari muncung ekzos, itu bermaksud enjin kereta tidak dapat udara mencukupi yang menyebabkan bahan api dibakar berlebihan.
.
Apa perlu diperiksa ialah penapis udara yang kemungkinan tersumbat. Anda juga disarankan membersihkan penapis atau menukar baharu.
.
- Asap Kelabu
asap kelabu - Asap kelabu merujuk kepada situasi enjin membakar minyak gear/transmisi. Petanda lain, anda akan terhidu bau asap semacam terbakar. Itu juga mungkin petanda berlaku masalah terhadap komponen pengecas turbo (jika kereta berenjin turbo) dan enjin menggunakan terlalu banyak bahan api.
Penyelesaian paling ideal, bawa segera kereta ke bengkel.
.
Apa pun warna, jenis dan bentuk asap tu sila cepat2 ke bengkel kereta. Jika anda di Shah Alam, bengkel kami berada di Seksyen 24. Kami ada kepakaran dan sedia utk bantu anda dalam servis dan konsultansi berkaitan masalah2 kereta
Friday, November 20, 2020
Sunday, November 15, 2020
beralamat -
NO.2 JALAN UNGU C U9/C 40150 SHAH ALAM SELANGOR
team kamaruddin rahmat tyre &service
pengerusi majlis (Huzaimi Bin Jamaludin)
Perasmian pemotongan reben pembukaan KRTS cawangan ke-2
Ucapan dan perasmian dari derectoir manager (Hhaji Dato' Kamaruddin Bin Rahmat)
Ucapan dari pengurus besar KRTS U9 (Muhammad Fauzi bin Kamaruddin)
Friday, October 23, 2020
Di KAMRUDDIN RAHMAT TYRE and SERVICES, kami juga menyediakan tayar baru yang nak dikatakan mahal tak mahal, nak dikatakan murah tak murah, harga bergantung pada saiz. Jangan risau, jika anda membeli tayar baru, kami akan memberi valve tayar secara percuma, balancing dan alignment (terpulang pada owner). Tapi yang pasti anda akan puas hati dengan tayar baru, valve tayar baru, dan siap balancing lagi!!! Bagi tayar secondhand (used tyre) pula, kami akan suggest untuk memilih tayar yang betul secondhand dahulu. Bukan KOREK!!
Pemasangan akan dilakukan oleh TYREMAN kami iaitu Abang Nazri (ayie). Kalau dia busy jangan risau, kami semua berkemahiran dalam penukaran tayar.
Subscribe to:
Posts (Atom)